Okaylah. Tahun ini dah tahun keempat kita menyambut Hari Cikgu ni tapi bukan sebagai seorang cikgu. Memang lain benar rasanya menyambut Hari Cikgu sedangkan kita tidak melakukan apa yang sebenarnya seorang cikgu lakukan.
Ada tu ada tapi mungkin kurang dari sepuluh peratus kerja kita sekarang ni yang betul-betul menjurus kepada tugas seorang cikgu. Maka tidak hairanlah jika sambutan Hari Cikgu yang kita sambut dengan kawan-kawan yang sewaktu dengan kita ini hanya sepuluh peratus daripada apa yang disambut oleh cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah. Cikgu kat sekolah makan hidangan tengahari, kita makan mee hoon Singapore pukul 11.00! I'm not complaining, tapi itu fakta.
Dan bila dah masuk tahun keempat tidak lagi bergelar cikgu sebenarnya, orang-orang yang dulu nya tak pernah lupa mengucapkan Selamat Hari Cikgu kepada kita sudah seakan-akan terlepas pandang untuk mengucapkan demikian kepada kita. Ya lah kan. Siapalah kita. Haha! In fact, Che Mek kat rumah yang dulu-dulu masak special (nasi minyak lah, ayam masak merah lah)setiap kali Hari Cikgu, hari ni cuma masak Asam Rebus je! Alhamdulillah, syukur.
Cuma secara hakikatnya kita ni masih seorang cikgu sebab walau apa pun tugasan yang diberikan kepada kita, kita tetap seorang cikgu. Kalau tak percaya, kita boleh tunjukkan surat lantikan kita dan juga surat kenaikan gred 'time-based' kita; masih lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah!
Kadang-kadang kita senyum sendiri sebab selepas empat tahun memegang jawatan ini (kononnya!) rupa-rupanya kita masih seorang cikgu. Dan dalam pada tersenyum sendiri tu, kita terfikir jugak, kalau lah atas kertas kita masih seorang cikgu, kenapa selama empat tahun kita tidak berada di sekolah dan mengajar! Jeng, jeng, jeng!
Okaylah. Jeng, jeng, jenglah sangat! Kepada semua kenalan yang bergelar cikgu, Selamat Hari Cikgu.
No comments:
Post a Comment